
Sulit
2 tahun
Kulit Manggis sebagai mnuman kesihatan?
Hi, Dr. Saya cuma ingin tanya, sekarang musim manggis, my fmly (Chinese mix) believe yang kulit manggis direbus air diminum baik utk kesihatan, so sy sebagai orang muda agak keliru betul atau tidak mnum air kulit maggis ni bagus especially utk saraf, sy ingin tanya pendapat n pengetahun doktor, adakah kulit manggis ni benar2 bermanfaat dalam kesihatan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman anda, sememangnya terdapat kajian yang telah dilakukan tentang khasiat dan kebaikan kulit manggis. Namun begitu, kajian menyeluruh tentang keselematan dalam pengambilan kulit manggis ini masih belum dijalankan secara menyeluruh. Banyak lagi kajian perlu dilakukan bagi mengetahui kaedah pengambilan dan dos yang selamat serta kesan sampingan yang boleh timbul sebelum boleh diwartakan selamat untuk digunakan umum.
Memproses dan mengambil kulit manggis ini sendiri adalah tidak disarankan kerana seperti yang telah diterangkan di atas, kajian menyeluruh masih belum dijalankan terhadap kulit manggis ini. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.