
Sulit
5 tahun
Kulit melececur 2nd degree of burn
3 hari yang lepas, air panas tertumpah ke atas kaki saya dan mempunyai gelembung cecair. Saya merujuk ke internet dan terjumpa bahawa tahap melecur kulit saya adalah tahap yang kedua. Apakah yang patut saya lakukan kerana saya tidak mahu ke hospital kerana pkp. Terima kasih.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, kulit melecur memerlukan pemeriksaan lebih lanjut untuk mengetahui rawatan yang paling tepat. Hal ini kerana, doktor perlu mengenalpasti tahap kebakaran atau tahap lecur “degree of burn” terlebih dahulu serta perlu mengetahui kawasan yang terjejas kerana dengan maklumat dan pemeriksaan tersebut, rawatan boleh diberikan. Tahap lecur atau kebakaran tahap 2 selalunya memerlukan masa sehingga 2 ke 3 minggu untuk sembuh. Antara rawatan yang boleh diberikan doktor ialah:
- Cold compress
- Wound and debridement
- Ubat tahan sakit
- Water replacement therapy
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.