Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor-doktor kami boleh menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor bertauliah | |
Semua doktor di DoctorOnCall adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia | |
Privasi Terjamin | |
Sebarang data anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak | |
Pantas Dan Cekap | |
Sebarang pertanyaan anda akan dijawab oleh doktor degan segara |
Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan
Hi, anak saya umur 2thn++ kene chicken pox, tp kenapa sangat teruk? Sehingga kulit dia melecet dah luka sebesar duit 50sen lama, adakah dia terkena penyakit lain?
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh si kecil. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan informasi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Secara amnya, gejala yang si kecil alami dapat dikaitkan dengan penyakit chicken pox itu sendiri atau penyakit kulit yang lain. Bagi mengenal pasti secara tepat, ia tetap memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif dan visual yang lebih jelas dari pihak doktor. Untuk makluman puan, masalah kulit si kecil yang puan nyatakan boleh disebabkan oleh digaru, tergeser dengan pakaian atau masalah kulit lain yang hanya boleh dikenal pasti dengan pemeriksaan lanjut.
Inginkan kelegaan buat anak untuk sementara waktu? Dapatkan bantuan segera.
Saya nasihatkan puan untuk berjumpa dengan doktor, bagi mengenal pasti secara khsusus tentang kondisi anak puan. Ini kerana kelainan kulit si kecil boleh berpunca dari pelbagai jenis penyakit, yang mempunyai gambaran yang hampir sama, misalnya:
Selain gejala kulit melecet, terdapat juga gejala seperti ruam, gatal-gatal, demam, batuk ringan, hidung berair dan penurunan selera makan.
Namun sekiranya gejala tidak berkurang setelah dua minggu, atau terdapat kesan-kesan alahan dari ubat-ubatan atau gangguan tubuh yang lain seperti:
Sila segera berjumpa doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.