Sulit
5 tahun
Kulit melecur akibat sup panas
semalam, kulit pada bahagian paha saya terkena sup panas yang baru sahaja keluar dari microwave oven, besar lecur tersebut sebesar 18 cm dan mempunyai gelembung cecair. Kulit tersebut berwarna merah dan sakit. Apakah yang patut saya lakukan? Patutkah saya pergi ke klinik ataupun merawat sendiri kerana pkp yang sedang berlangsung?
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, kulit melecur memerlukan pemeriksaan lebih lanjut untuk mengetahui rawatan yang paling tepat. Hal ini kerana, doktor perlu mengenalpasti tahap kebakaran atau tahap lecur “degree of burn” terlebih dahulu serta perlu mengetahui kawasan yang terjejas kerana dengan maklumat dan pemeriksaan tersebut, rawatan boleh diberikan. Rawatan adalah fokus kepada rawatan air untuk mengelakkan dehidrasi dan rawatan kepada kawasan yang terjejas.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

































