
radawiyahmukhtar
5 tahun
Kulit mengalami kegatalan
Hai, selamat petang. saya nak bertanyakan soalan berkaitan kegatalan pada kulit. saya tengah hamil 13 minggu. Saya mengalami alahan baru sahaja seminggu. Adakah ia akan memberi kesan kepada kandungan? dan apa ubat yang sesuai untuk saya ambil. sebelum ini, saya ada bertanyakan kepada doktor cuma dia tidak sarankan lagi untuk saya makan ubat.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
- Keadaan kulit. Banyak masalah kulit gatal, termasuk kulit kering (xerosis), ekzema (dermatitis), psoriasis, kudis, luka bakar, parut, gigitan serangga dan gatal-gatal.
- Gangguan saraf.
- Alergik
Untuk makluman pihak anda, untuk mendapatkan nasihat untuk pengambilan ubat , anda amat disarankan untuk merujuknya kepada doktor. Dengan mendapatkan nasihat doktor, anda akan disarankan dengan ubat yang sesuai, kemudian pemantauan terhadap keberkesanan ubat tersebut boleh dilakukan. Sekiranya tidak sembuh, rawatan lain yang lebih sesuai boleh diberikan. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.