
Sulit
4 tahun
Kulit mengelupas di bawah payudara
selamat sejahtera doktor. kulit di bahagian bawah payudara belah kiri saya telah mengelupas sedikit dan kadang-kadang ia terasa pedih? mengapakah terjadi begini dan apakah cara yang boleh dilakukan untuk menyembuhkannya?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah kulit mengelupas ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Diabetes
- Berat badan berlebihan
- Terdedah pada suhu tinggi dan lembab
- Pergeseran antara kulit
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah kulit mengelupas bawah payudara kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.