
farizzuan2306
5 tahun
Kulit menjadi hitam setelah sembuh kurap
Doktor, kulit saya sebelum ni mengalami kurap dan agak lama sudah sembuh tetapi kenapa kulit yang telah sembuh tu menjadi hitam. Doktor ada suggestion tak bagaimana nak kembalikan kulit tu seperti sediakala

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Terdapat pelbagai kemungkinan kulit boleh menjadi gelap seperti:
- masalah kulit yang dikenali sebagai acanthosis nigricans
- kulit kering
- akibat jangkitan
- ekzema
- obesiti
- diabetes jenis 2
- masalah hormon - seperti sindrom Cushing, sindrom ovari polikistik atau tiroid
- kesan pengubatan tertentu terutama ubat yang mengandungi steroid
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.