Sulit
4 tahun
Kulit menjadi kering dan mula terkelupas
Hai…saya nk bertanya …beberapa hari lepas saya dan keluarga pergi ke waterpark dan biasanya cuaca memang akan panas…saya pula berhijab maka apabila pulang, muka saya menjadi sunburn dan dahi saya yang paling teruk sunburn…beberapa hari selepas itu,muka saya mula menjadi kering dan terkelupas…bagaimana untuk saya pulihkan semula?terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Sunburn
- Jangkitan kulat, virus atau bakteria pada kulit
- Kulit kering
- Kulit sensitif
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Rawatannya bergantung kepada diagnosis atau punca anda mengalami masalah tersebut.
Anda boleh mengurangkan gejala dengan melakukan perkara ini:
- Menggunakan pelembap (moisturizer)
- Menggunakan sunblock
- Elakkan dari mendedahkan diri di bawah cahaya dan bahang matahari terlalu lama
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.


































