
hackerpro881
4 tahun
Kulit merekah merah dan putih kulit kering
Hi saya nak tanya kenapa kulit di bahagian ketiak saya kering dan merekah gatal pon ada tpi tak sangat gatalnya dan apa ubatnya boleh dihalngkan ke tidak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ini bermakna kulit anda kering dan kuring pelembap. Anda boleh menggunakan losyen tanpa parfum dan elakkan menggunakan deodorant yang mempunyai pewangi buat masa sekarang. Bahan-bahan pewangi boleh menyebabkan kulit sensitif.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.