Sulit
4 tahun
Kulit muka berjerawat semasa memakai mask
muka saya naik apabila saya memakai mask pada jangka masa yang lama apa yang perlu saya lakukan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
kami faham kebimbangan anda pada masa ini. Berikut antara langkah yang boleh anda lakukan untuk menangani masalah berikut:
- Sentiasa menukar mask anda setiap kali anda menanggalkannya
- Menggunakan disposable mask (pakai buang)
- Memastikan anda menjaga kulit anda dengan bersih kerana mask boleh menyebabkan ruam dan jerawat pada muka anda
- Sentiasa memakai pelembap muka untuk mengelakkan kulit anda daripada kering dan sensitif terhadap mask tersebut
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Ini hanyalah saranan kami secara am. Sekiranya keadaan bertambah teruk, sila berjumpa dengan doktor untuk menangani masalah yang anda hadapi. Anda juga dinasihatkan supaya menggunakan produk penjagaan muka yang sesuai dengan kulit anda.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami di atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































