
Sulit
4 tahun
Kulit muka bermasalah dan berjerawat. Merancang untuk comsume makanan tambahan produk Kitsui yg dijual di drugstore
Sy wanita dalam 20an dan saya merancang untuk mengambil makanan tambahan yang dijual di drugstore(watsons, guardian) iaitu supplement produk Kitsui untuk kesihatan kulit sy yang bermasalah. Sy ingin bertanya, adakah makanan tambahan produk Kitsui tersebut bahaya atau tidak untuk kesihatan badan, organ dalaman, dan kulit?? Adakah produk tersebut tidak memberi kesan sampingan dan tidak membahayakan kesihatan kita??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami faham masalah yang anda alami pada masa ini. Untuk makluman anda, kami memerlukan lebih banyak maklumat mengenai masalah anda. Jadi saranan kami adalah anda perlu berjumpa dengan doktor ataupun bercakap dengan pegawai farmasi dahulu untuk mendapatkan pendapat dan mengetahui sama ada produk tersebut sesuai untuk anda ataupun tidak.
Buat masa ini, anda boleh lakukan langkah-langkah berikut:
- Menggunakan produk penjagaan kulit dan muka yang sesuai dengan jenis kulit anda
- Sentiasa memastikan kebersihan muka terjaga
- Jauhi makanan atau ubatan yang boleh mendatangkan reaksi kepada kulit anda
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Sekiranya masalah kulit anda masih mengganggu anda, anda boleh berjumpa dengan doktor pakar kulit untuk mendapatkan penyelesaian.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.