wanajsham95
6 tahun
Kulit muka dan badan mengelupas
Saya wanita berusia 24 tahun , dalam kebelakangan ni kulit muka dengan badan sy mengelupas . Kenapa ye doctor ?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah kulit mengelupas boleh disebabkan:
- Kesan penggunaan produk pencuci muka/badan - alahan dermatitis
- Kurang minum air
- Penyakit Cushing - lebihan steroid badan ataupun menggunakan produk yang mengandungi steroid tinggi
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Penyakit auto-imun seperti SLE
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































