
Anonymous
5 tahun
Kulit muka kering dan mengelupas dengan teruk
Saya remaja perempuan berumur 18 tahun . Saya mengalami masalah kulit berjerawat . Saya menggunakan krim anti jerawat dan kulit muka saya mengelupas , kering , gatal dan pedih . Apa punca dan cara yang boleh saya gunakan untuk atasi perkara ini dengan segera ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) bercakap dengan doctor.
Jerawat, ataupun acne vulgaris merupakan salah satu masalah dermatilogikal yang amat sering berlaku terutamanya dalam kalangan remaja. Salah satu komplikasi masalah ini ialah ia akan menyebabkan parut pada kulit. Sebelum menangani masalah parut, kita perlu mengurangkan pembentukkan jerawat.
• Cuci muka anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan pencuci muka yang lembut
• Elakkan daripada menggunakan kosmetik yang berasakan minyak
• Pilih pencuci muka atau serum yang mengandungi niacinamide, salicylic acid atau benzoyl peroksida untuk mengurangkan pengeluaran minyak
• Amalkan pemakanan sihat
• Bersenam untuk membaiki pengaliran darah ke muka
• Kurangkan stress dan mengamalkan teknik relaksasi
Terdapat pelbagai punca yang mengakibatkan berlakunya jerawat.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.