
farahizzahfaisal
5 tahun
Kulit muka kering dan merekah di bahagian bawah mata dan pipi
Saya seorang gadis berumur 19 tahun. Sejak akhir² ni saya mengalami kulit kering di bahagian kedua² bawah mata. Kulit di pipi saya juga turut kering sehingga timbul luka² kecil akibat digaru kerana terasa gatal. Permukaannya agak kasar. Saya ada juga menggunakan moisturizer, tetapi ianya tidak berhasil sama sekali. Bila saya cuba senyum kawasan kulit di sekitar bahagian kedua² mata saya seakan-akan tertarik. Bibir saya juga turut kering dan mula kasar pada permukaannya. Bagaimana doktor, cara untuk mengatasi masalah sebegini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kulat
- Ekzema: biasanya disebabkan alahan
- Kurap (ringworm)
- Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
- Psoriasis
Selain pelembap kulit, anda disarankan untuk minum banyak air bagi membantu melembapkan kulit, berhenti menggunakan produk yang boleh membuat alahan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi yang tidak diingini. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.