
Sulit
4 tahun
Kulit muka kering yang pedih merekah dan kusam
Saya seorang ibu berumur 29 tahun juga menyusu bayi 6 bulan. Saya mempunyai masalah kulit wajah yang sangat kering merekah dan pedih. Di samping mempunyai tona kulit wajah tidak sekata, kedutan dan garis halus. Saya bercadang untuk mengambil supplement kecantikan. Apakah supplement kecantikan yang selamat untuk ibu menyusu. Saya ada tahu perihal produk total image hydra glow, adakah ia selamat untuk digunakan oleh saya? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, keadaan anda mungkin disebabkan oleh beberapa perkara:
- Penjagaan kulit yang kurang memuaskan
- Perubahan hormon di dalam badan
Terdapat beberapa juga sebab lain dan dua perkara di atas merupakan punca yang kebiasaannya dilaporkan. Kami tidak dapat memberikan apa-apa kata putus mengenai suplemen yang perlu diambil oleh anda kerana ia memerlukan nasihat dan perbincangan anda bersama dengan doktor terlebih dahulu. Kami sarankan anda bercakap dengan doktor ataupun pegawai farmasi sebelum mengambil apa-apa jenis suplemen kerana anda sedang menysukan anak.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Buat masa ini, kami sarankan anda meningkatkan penjagaan kebersihan kulit muka dan menggunakan pelembab.
Anda juga boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk berbincang dengan doktor kami mengenai keadaan dan niat anda untuk menggunakan suplemen penjagaan muka. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.