
Sulit
4 tahun
Kulit muka kusam
Hello doktor, saya berumur 17 tahun dan memepunyai masalah kulit muka. Kulit muka saya kelihatan kusam dan tidak bermaya. Pori pori muka saya juga menjadi sangat besar.apa perlu saya pakai untuk atasi masalah ini

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda mengenai gejala yang berlaku pada kulit muka anda. Untuk makluman anda, masalah kulit kusam boleh diatas tanpa memakai apa-apa sebarang produk muka. Kemungkinan pori-pori yang menjadi besar adalah ketumbuhan jerawat pada muka dan ini semua boleh dielakkan dengan mengamalkan yang tersebut:
- Sentiasa membasuh muka
- Lakukan pengelupasan muka
- Sentiasa melembabkan muka dengan krim pelembap
- Lindungi muka anda daripada kotoran dan habuk
- Jaga permakanan dan elakkan daripada makanan yang digoreng.
- Makan makanan yang mengandungi anti-oksida seperti buah dan sayur
- Gunakan aloevera untuk menghilangkan jerawat sekiranya perlu.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.