
Sulit
4 tahun
Kulit muka merah dan menggelupas
saya mempunyai masalah pada bahagian kulit kepala dan juga kulit muka. Di bahagian kulit kepala mungkin saya mengalami psoriasis(berkuping,kelemumur,gatal,kulit kemerahan pada sebahagian kulit kepala). Manakala di bahagian kulit muka,di bahagian tepi hidung, kulit muka saya sering kering, merah dan menggelupas. Saya mula mengesyaki apabila saya kerap pakai pencuci muka Akan tetapi saya telah berhenti memakai pencuci muka selama 2 bulan lebih, simptom ini masih lagi ada pada bahagian kulit muka di tepi bahagian hidung. Saya dengan rendah hati memohon pencerahan dari pihak doktor berkaitan masalah kesihatan yang saya alami. Sekian terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah kulit yang anda alami boleh disebabkan:
- Alahan kulit - pada tempat tidur, kain, makanan
- Jangkitan kulit - oleh kuman atau kulat
- Penyakit kulit - seperti ekzema/psoriasis
- Jangkitan herpes
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.