
Sulit
4 tahun
Kulit muka saya byk jeragat dan tak sekata . Bagaimana Saya nak licin kan kulit muka saya dan gebu kan kulit muka saya . Harap Dr dapat bantu saya
Saya mempunyai kulit muka tak sekata dan ada jeragat . Heliocare dapat membantu ker DR . Saya nak licinkn kulit muka dan gebu kn kulit muka saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)bercakap dengan doctor.
Jeragat merupakan salah satu masalah dermatilogikal yang amat sering berlaku, tidak mengira usia. Antara cara untuk menghilangkan jeragat:
• Cuci muka anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan pencuci muka yang lembut. Pastikan muka dicuci dengan bersih sebelum tidur
• Gunakan produk kecantikan semulajadi tanpa bahan kimia merbahaya dan tidak menyebabkan berminyak
• Pilih pencuci muka atau serum yang mengandungi niacinamide, salicylic acid atau benzoyl peroksida untuk mengurangkan pengeluaran minyak
• Amalkan pemakanan sihat
• Bersenam untuk membaiki pengaliran darah ke muka
• Sinaran matahari perlu dielakkan, anda perlu pakai sunblock ketika keluar
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.