
Sulit
5 tahun
Kulit penis kering dan gatal
Saya lelaki 20’an, saya dapati kulit di penis saya kering dan sedikit mengelupas di bahagian bawah, ia terasa gatal apabila sering bersentuhan dengan seluar dalam.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- geseran boleh menyebabkan kulit kering (anda disarankan tidak memakai seluar dalam yang ketat)
- alahan pada produk pencuci
- ezkema
- psoriasis
- jangkitan kulat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.