
Sulit
4 tahun
Kulit saya bersisik pada bahagian lengan kaki dan muka
Salam sejahtera, sejak kecil lagi saya sering mengalami masalah kulit bersisik dan beberapa bari ini ia dituruti dengan rasa gatal dan kemerah-merahan. Boleh Doktor terangkan punca berlakunya masalah ini ?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah kulit yang anda alami boleh disebabkan:
- Alahan kulit - pada tempat tidur, kain, makanan
- Jangkitan kulit - oleh kuman atau kulat
- Penyakit kulit - seperti ekzema/psoriasis
- Jangkitan herpes
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.