
amiruljey
4 tahun
Kulit saya kering dan kusam
Saya merasa melihat kulit saya semakin berumur semakin nampak kering… Apakahmasalah saya sebenarnya? Dan apakah supliment yg sesuai untuk saya berumur 37tahun

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, di platform ini kami lebih membincangkan mengenai masalah kesihatan. Kami tidak boleh menyarankan anda untuk mengambil apa-apa ubatan mahubun ubat tambahan.
Akan tetapi, kebiasaannya masalah kulit kering ini secara amnya boleh diatasi dengan hidrasi yang mencukupi. Kerap meminum air kosong dan juga menyapu pelembap pada kulit mungkin boleh membantu masalah anda. Selain itu, amalkan pemakanan yang sihat kerana ia adalah kunci untuk kulit yang sihat.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sekiranya anda merasakan masalah yang dihadapi adalah parah dinasihatkan untuk anda berjumpa dengan doktor pakar kulit atau aesthetic beautician (pakar kecantikan.
Anda juga boleh membuat temu janji dengan doktor pakar kulit dari hospital swasta secara atas talian melalui link ini.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.