
aqu_once
4 tahun
Kulit terkena getah pokok kaktus dan menyebabkan rasa pedih dan iritasi
Kulit dihujung mata saya terkena getah pokok kaktus semalam dan menyebabkan kulit pada bahagian tu rasa pedih. Pada hari ni timbul biji kecil ada berwarna putih seperti lepuhan dan masih terasa pedih. Adakah saya perlu mendapatkan rawatan atau sekadar mencari ubat yang sesuai? Apakah ubat yang sesuai?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami,
Kami benar-benar memahami kebimbangan anda mengenai gejala anda dan masalah kesihatan lain yang mungkin anda hadapi. Daripada deskripsi anda, kami percaya bahawa rasa pedih dan iritasi mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor seperti:
- urtikaria (alahan atau racun dari tumbuhan atau serangga)
- jangkitan bakteria atau kulat
- gigitan serangga
- atau penyakit kulit yang lain (i.e. ekzema, psoriasis, dll)
Inginkan kelegaan buat sementara waktu ? Dapatkan ia segera.
Terdapat faktor risiko tertentu yang dapat memperberatkan keadaan ini:
- cuaca panas
- kebersihan yang buruk
- pengeringan kulit lembap atau basah yang tidak lengkap
Saya berharap agar anda tidak mengambil ringan dengan kondisi ini, dan sekiranya pedih tersebut melarat, sila berjumpa doktor dalamwaktu yang terdekat.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Antaranya:
- analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
- pemeriksaan fizikal
- pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.