
abgbudiman13
5 tahun
Kulit Wajah Berjerawat
Saya lelaki berumur 20an , saya ingin bertanyakan tentang masalah jerawat . Kerana jerawat saya tumbuh tak henti-henti . Adakah itu berpunca dari permakanan ataupun kulit?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Masalah jerawat biasanya boleh disebabkan oleh pelbagai perkara
Antara faktor risiko untuk jerawat ialah;
- jarang mencuci muka
- usia remaja dan baligh
- pemakanan seperti pengambilan kacang, makanan laut dan makanan berminyak yang berlebihan.
Penyebabnya timbulnya jerawat pada muka dengan banyak ialah
ketidakstabilan hormon
jangkitan bakteria pada muka
kulit muka kotor
Biasanya masalah jerawat boleh diatasi dengan menghindari bahan pencetus jerawat. Bagi mengatasi masalah jerawat anda, puncanya haruslah diketahui sebelum rawatan yang sesuai boleh diberikan. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut bagi mengetahui punca, dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.