Sulit
5 tahun
Kulit yang sangat kering dan kasar
Hye saya wanita berumur 20tahun. Saya mengalami masalah kulit yang sgt kering. Terutama di tapak tangan. Tapak tangan saya sgt kering dan kasar. Padahal saya tidak melakukan kerja yg berat. Memang dari kecil lagi kulit saya kasar dan kering. Adakah ni merupakan satu penyakit? Apa penyakit ini dan bagaimana untuk mengatasinya? Saya malu dengan kawan2 bila mahu bersalaman.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu kulit kering serta kasar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kulit kering beserta kasar boleh disebabkan:
- Dermatitis alahan - kulit anda mungkin alah pada jenis pakaian, sabun atau matahari
- Penyakit kulit - seperti ekzema atau psoriasis
- Hipo-tiroid
- Akromegali
Antara langkah yang boleh diambil anda ialah dengan menyapu losyen, kerap minum air, kurangkan pendedahan kepada matahari serta sabun pada tangan serta pengambilan vitamin C. Untuk mengatasi masalah ini secara khusus, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor pakar kulit anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































