
Sulit
3 tahun
Kulit zakar luka semasa sex dan geselan pd seluar dalam
PERTAMA BILA SEX - KULIT MERAH LEPAS KUPAS
. KEDUA GESELAN PADA SELUAR DALAM. LUKA ITU PADA HUJUNG KULIT

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, luka pada kulit penis boleh akibat daripada trauma kecil atau masalah lebih besar seperti STD. Anda perlu risau dan mendapatkan rawatan doktor jika luka tersebut:
- Disertai dengan ruam atau keruping
- Kawasan luka semakin membesar
- Kawasan luka amat sakit
- Luka tidak sembuh setelah 1 hingga 2 minggu
Kami ingin menasihati supaya sentiasa mengamalkan gaya hidup seksual sihat dengan menggunakan kondom. Anda juga perlu memastikan kebersihan sempurna pada kemaluan anda. Kami juga menyarankan agar masalah ini dirujuk kepada doktor anda atau doktor kami secara atas talian.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.