Sulit
4 tahun
Kulit zakar menjadi kering kemudian gatal dan mengelupas
Saya berusia 21 tahun mengalami kulit kepala zakar kering dan sedikit gatal dan kemudian mengelupas. Sebenarnya saya dalam proses untuk berhenti beronani.Oleh hal yang demikian, salah satu cara untuk saya mengubati ketagihan saya, saya akan membelai(menggentel) zakar saya menggunakan black seed oil tetapi tidak sampai terpancut.
Adakah disebabkan sifat black seed oil yang panas itu menjadi punya kulit zakar saya merengsa atau disebabkan gentellan terlalu lama menyebabkan kulit zakar saya melecet.Mohon penjelas.Terima kasih
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami kulit zakar anda kering, gatal dan mengelupas. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah anda boleh disebabkan oleh :
- Jangkitan kulit pada bahagian zakar
- Alahan kepada produk seperti sabun mandi atau blackseed oil yang anda gunakan
- Perbuatan menggentel secara kerap
- Jangkitan penyakit kelamin
- Psoriasis
Kami tidak dapat memberikan anda kepastian tentang punca masalah anda tanpa maklumat tambahan serta pemeriksaan. Oleh itu, kami menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya anda dapat dibantu dengan lanjut. Anda boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama doktor kami untuk nasihat lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!



























