
Anonymous
6 tahun
Kuman dalam darah dan demam panas
Hi, saya seorang wanita berusia 22tahun. Saya kerap demam panas dan 2kali disyaki denggi tapi bila blood test doc kata kuman dlm darah. Then bagi aintibiotics and this keep repeating until now. Maksud saya adakah kuman dlm darah ni satu penyakit? Atau dia dtg bila demam sahaja? Saya agak keliru dengan masalah ni.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, masalah demam panas yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit berjangkit seperti demam denggi, HIV, campak, demam kepialu, penyakit kencing tikus, radang injap jantung, meningitis dan penyakit cacar air.
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- Penyakit vasculitis
- Penyakit autoimun seperti systemic lupus erythematosus (SLE) dan inflammatory bowel disease (IBD)
- Kanser seperti limfoma dan Kaposi sarcoma
Kemungkinan besar demam panas yang anda hadapi disebabkan oleh jangkitan kuman, apabila tubuh diserang kuman, tubuh akan berusaha untuk membunuh kuman dengan haba iaitu demam. Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!