Sulit
3 tahun
Kuman dalam darah selepas bisul
Ibu saya selepas operate bisul
Badan lemah dia ad kncing manis
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Namun begitu, disebabkan kekurangan maklumat, saya kurang pasti dengan soalan yang anda ingin ajukan kepada kami.
Untuk pengetahuan anda, masalah jangkitan kuman dalam darah boleh bermula dari mana-mana punca jangkitan kuman seperti dalam perut, hati mahupun saluran kencing. Jangkitan kuman adalah perkara yang sukar diramal mengenai siapa yang akan mengenainya. Antara faktor risiko jangkitan kuman adalah kebersihan, imun lemah serta penyakit kronik seperti pesakit kencing manis. Untuk mengatasi masalah jangkitan kuman dalam darah ini, antibiotik adalah penting bagi membasmi kuman dan mengelakkan kuman daripada merosakkan organ.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.