
Sulit
5 tahun
Kuman dalam paru-paru
Salam doktor. Saya telah mengalami batuk kering selama 3 minggu dan pada awalnya saya mengalami selsema. Saya telah ke klinik dan doktor memaklumkan terdapat kuman dalam paru-paru saya melalui ujian x-ray dada dan sekarang saya telah dibekalkan antibiotik untuk dihabiskan selama seminggu. Memandangkan saya tidak pernah ke luar negara, tidak mengenali mana-mana pesakit positif covid19 mahupun menghadiri mana-mana acara keramaian, saya tidak diarahkan untuk mengambil ujian covid19. Persoalan saya, adakah penyakit ini ada kaitan dengan covid19 kerana ia juga melibatkan jangkitan kuman dalam paru-paru? Dan adakah penggunaan antibiotik memadai untuk proses penyembuhan penyakit ini?Pohon pencerahan daripada doktor. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, jangkitan di paru-paru adalah disebabkan bakteria manakala COVID-19 adalah disebabkan oleh jangkitan virus. Maka ianya adalah perkara yang berbeza.
Selain itu, antibiotik sememangnya rawatan bagi masalah jangkitan paru-paru. Maka ianya memadai untuk merawat masalah anda. Namun begitu, sekiranya anda tidak sembuh setelah antibiotik habis, mungkin doktor anda akan membuat pemeriksaan lanjut bagi mengetahui punca sebenar.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.