
Sulit
5 tahun
Kurang darah dalam badan
saya perempuan berumur 16 tahun 2 minggu lepas doktor cakap saya kurang darah ,doktor bagi saya ubat tambah darah dan vitamin tambahan dan periksa darah balik selepas 2 minggu.selepas 2 minggu saya periksa darah,darah saya bertambah tapi kenapa saya masih lemah badan,rasa nak pitam,sesak nafas dan jantung berdebar

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Anemia (kurang sel darah merah) - bacaan darah anda mungkin masih lagi rendah walaupun sudah menunjukkan sedikit pembaharuan
- Masalah tekanan darah rendah - seperti akibat dehidrasi, kurang minum air dan kurang pengambilan garam
- Masalah tiroid - seperti hipotiroid
- Masalah ritma atau struktur jantung
- Kurang kualiti tidur
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.