
Sulit
5 tahun
Kurang pernafasan sahaja
Hi dokter saya nak tanya sebelum ni saya tiada apa apa masalah penyakit sesak nafas atau sebagainya. Dalam bulan lepas saya mengalami jantung berdegup laju dan susah bernafas , dan rasa sakit tapi tidak melakukan aktiviti apa apa . dua kali . kemudian bukan ini tiada lagi hal tersebut. Cuma rasa kurang pernafasan bila malam.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan puan, kami memahami kebimbangan anda terhadap gejala sesak nafas yang anda alami. Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala sesak nafas, antaranya:
- Masalah jangkitan paru-paru
- Masalah pernafasan seperti asma
- Masalah jantung
- Anemia
- Radang paru-paru atau saluran pernafasan
Oleh kerana anda pernah mengalami jangkitan paru-paru dan telah kerap melawat orang sakit, terdapat kemungkinan anda terdedah kepada kuman jangkitan. Namun pemeriksaan haruslah dijalankan serta maklumat lanjut daripada anda haruslah didapati sebelum kesimpulan boleh dibuat. Anda amat disarankan untuk berjumpa doktor dan merawat masalah ini dengan lebih lanjut.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.