erna_3193
6 tahun
Kurang selera makan waktu datang bulan
Assalamualaikum doc … Saya ada masalah kurang selera mkn sepanjang sy datang bulan… Sebelum sy datang bulan sy mempunyai selera mkn yg tinggi hinggakan sy berasa lapar yg kerap… Dan bila sy datang bulan selera mkn menurun secara mendadaj dan adakalanya kepala sy berasa sakit dan terasa mual … sy ada mengambil ubat migrain disebabkan sakit kepala… adakah perkara itu normal bg wanita yg didatangi haid ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, perkara ini normal untuk berlaku pada wanita yang sedang datang haid dan migraine.
Walaubagaimanapun, sekiranya anda tiada selera makan sehingga menyebabkan anda hilang berat badan secara berlebihan. Anda disarankan untuk mendpatkan rawatan lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

































