
Sulit
4 tahun
Kurang selesa bahagian dada kiri dan kanan
Hi doc.Saya telah berhenti merokok 1 bulan lepas dan beralih kepada rokok electronic.Bebas rokok sebulan dah. Tapi semenjak brhenti… Bahagian kiri dan kanan dada sering kurang selesa. Adakah normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kurang selesa pada dada.
Untuk makluman anda, masalah ini dapat disebabkan oleh beberapa penjelasan, antaranya ialah:
- Masalah jantung
- Masalah paru paru seperti jangkitan kuman, asma, COPD atau radang paru-paru
- Kesakitan disebabkan otot dada
- Kesakitan akibat radang esofagus
- Salur darah paru paru tersumbat
- Pneumothorax
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Anda juga dinasihatkan untuk terus berhenti merokok atau vape kerana ia membawa kemudaratan yang sama.
Jaga kesihatan jantung anda bermula sekarang.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi