
theshazrishabari
5 tahun
Kurang selesa di bahagian dada
Badan rase lesu,batuk tapi xde kahak. Susah nak bernafas tpi tak serius. Sy amalkan air bali sekarang. Nak pergi hospital takut kene tahan wad. Ape masalah saya doktor. Adekah sy sakit ulu hati. Saya ade ambil gaviscon. Sakit di dada dah kurang.tapi ade rse tak selesa skit2.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Asid refluks (gastrik)
- Penyakit asma
- Penyakit COPD - sekiranya pernah merokok atau tinggal bersama perokok
- Jangkitan saluran udara - akibat selesema, influenza
- Alahan - pada debu, asap
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.