
nurazita90
5 tahun
Kurap baby bwh 2 tahun
Boleh saya tahu, cream kurap apa yg sesuai untuk baby 1tahun 8bulan? Utk pengetahuan, dia gatal2 & saya ada sapu fucicort cream tapi makin merebak. Kurap di celah kelangkang kemaluan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, krim Fusicort adalah merupakan krim untuk membunuh kuman, ia tidak digunakan untuk membunuh kurap. Justeru, mungkin merebak kerana penggunaan krim yang salah.
Antara sebab kurap di celah kelengkang bayi adalah:
- Nappy rash
- Jangkitan kulat
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.