
Sulit
4 tahun
Kurap dan gatal di bahagian ketiak, kaki, perut, kemaluan, punggung
Saya wanita berusia 17 tahun… Saya mengalami masalah kurap di bahagian kemaluan sejak berusia 15 tahun… Namun begitu, masalah ini semakin bertambah teruk kurap merebak hingga ke bahagian punggung,ketiak, jari kaki dan perut.apakah yg perlu saya lakukan untuk merawat masalah ini agar tidak menjadi teruk dan bagaimana cara untuk menghilangkan parut serta kehitaman kurap itu??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami kebimbangan anda mengenai kurap yang terdapat pada bahagian kemaluan anda dan telah merebak kawasan punggung, ketiak, jari kaki dan juga perut. Untuk makluman anda, perkara ini boleh disebabkan oleh jangkitan kuman, kulat ataupun boleh disebabkan oleh penyakit autoimun badan.
Terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk menangani masalah ini:
- Jaga kebersihan diri secara am. Kerap mandi dan juga gunakan sabun yang sesuai dengan kulit anda
- Elakkan daripada pemakanan yang diproses
- Banyakkan makan makanan seperti sayur dan buah-buahan
- Dapatkan krim atau losyen anti-fungal, yang boleh digunakan untuk mana-mana jangkitan kulat
- Elakkan bahagian kurap tersebut terlalu kering atau terlalu panas. Elakkan juga daripada matahari
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Walaubagaimanapun, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai masalah kulit ini kerana mereka dapat membuat siasatan visual yang lebih tepat mengenai masalah anda demi mendapatkan rawatan yang sesuai.
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.