
Anonymous
6 tahun
Kurap di alat sulit
Saya mempunyai dijangkiti kurap di bahagian, bagaimana untuk saya rawat / hilang dengan secara segera? Kerana saya tidak tahan menahan gatal.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak anda, untuk merawat masalah kulit seperti kurap, Tuan amat disarankan untuk merujuknya kepada doktor. Pertamanya adalah untuk mengetahui adakah masalah kulit tersebut benar-benar kurap atau masalah lain. Kedua, dengan mendapatkan nasihat doktor, anda akan disarankan dengan ubat yang sesuai, kemudian pemantauan terhadap keberkesanan ubat tersebut boleh dilakukan. Sekiranya tidak sembuh, rawatan lain yang lebih sesuai boleh diberikan.
Tuan boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Tuan tidak perlu risau kerana Tuan boleh memilih untuk bercakap secara chat, video atau telefon. Privasi Tuan juga akan kami lindungi. Harap membantu. Terima kasih.