
anyssyunos
5 tahun
Kurap di bahagian tangan
Hye,Saya wanita dalam 20’an, tangan saya mengalami gatal seperti kurap,gatal dan juga kering, serta meninggalkan kesan putih dan keras. bagaimana cara nak merawat dan apakah punca2 kurap?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, keluhan gatal dan lesi kulit yang anda alami boleh jadi disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Eczema
- Psoriasis
- Jangkitan kulat
- Dermatitis kerana alahan kepada produk
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.