
Anonymous
5 tahun
Kurap di kemaluan Dan ketiak semakin teruk
Kurap sudah penuh di kemaluan saya,sekarang di ketiak pula.sy telah membeli ubat di pharmacy ubat cuci kemaluan ,ubat mkn dan cream sapu econazine tetapi kering setelah sapu cream mkn ubat habis tetapi habis je .tumbuh lg di bahagian lagi.sakit sgt…apakah doktor ubat yg bagus patut sy guna supaya dia tak datang lg…sudah sebulan begini.tolong saya.terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Kurap , atau ringworm, disebabkan oleh jangkitan kulat yang dikenali sebagai dermatophytes. Terdapat 3 jenis dermatophyte yang boleh menyebabkan kurap iaitu Tricophyton, Epidermophyton dan Microsporum.
- Kurap biasanya berjangkit melalui sentuhan.
- Kulit yang berkurap biasanya mempunyai plak merah yang bersisik. Plak kurap yang tidak dirawat boleh membesar dan membentuk gelang merah di sekelilingnya.
- Kurap sering menjangkiti kulit badan yang selalui berpeluh seperti di peha, punggung, perut, belakang dan kaki.
- Kulit yang berkurap boleh menyebabkan kegatalan yang serius.
- Kulit gatal yang selalu digaru akan pecah dan terdedah kepada jangkitan kuman yang lain.
Masalah yang dihadapi anda tidak semestinya disebabkan oleh kurap, ia mungkin disebabkan oleh berbagai punca antaranya penyakit kelamin, ketuat, dan sebagainya.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.