
Sulit
4 tahun
Kurap dicelah kangkang
Sy mempunyai kagatalan yg amat dicelah peha…dan selaput telur.bila digaru akan menimbulkan kepedihan yang teramat…apa bila bergerak pun sakiy

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kegatalan pada celah kangkang anda boleh disebabkan:
- Jangkitan kulat
- Alahan dermatitis - pada kain seluar atau bahan pencuci
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis/lichen planus
- Kurap
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.