
Sulit
3 tahun
Kurap merah2 pink dan bersisik bila kering
Hi doc, boleh terangkan tanda2 kurap tu nak sembuh? Mcm dia akan bersisik ke? Dia kurang kemerah merahkan atau dia punya keliling kering? Sb kalau dia merah2 je muaknanya kulat tu active and possibility merebak tu tinggi ya? Saya tgh cuba sapu ubat yg nama belakang dia ada “zole” yg ramai suggest utk antifungal. Sebulan juga da cuba rawat. Thank in advance.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diberikan.
Kami memahami anda mempunyai masalah kulit yang sedang dirawat sendiri.
Kami memahami kebimbangan anda dan menyarankan anda untuk tidak menggunakan ubat yand tidak diberikan oleh doktor.
Hal ini demikian kerana,hanya seseorang pakar kulit boleh mengenal pasti masalah yang sebenar.
Sesuatu ubat atau krim yang tidak sesuai hanya akan merosotkan kulit anda lagi.
Selain masalah fungal terdapat pelbagai sakit kulit lain seperti psoriosis,jangkitan kulit dan juga alahan yang perlu diambil kira.
Seseorang doktor pakar dapat meneliti kulit anda dengan lebih baik dan menyarankan ubat yang sesuai bagi anda.
Kami harap jawapan ini membantu.
Anda juga boleh bercakap dengan doktor kami melalui atas talian untuk nasihat lanjut.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!