
Anonymous
5 tahun
Kurap pada kanak-kanak
Sy mempunyai dua anak lelaki abang berumur 4tahun dan adik 1thn6bulan…
Masalahnya dia sini adalah kedua2 anak sy mempunyai masalah kulit secara tiba2,dan cepat merebak terutama adiknya… Sehingga ke kulit muka dan telinga… Apabila ada luka ianya akan menjadi besar dan berbentuk bulat serta berair… Pada mulanya ianya bermula seperti gigitan nyamuk… Dan akan mgelembung serta pecah dan mengeluarkan air… Kemudian lama2 ianta makin membesar… Bagaimana sy harus mengobati anak sy untuk sembuhkan kurap yg ada di tubuh mereka… Sy risau melihat tubuh badan mereka gatal2… Sampaikan sy mandikan anak banyak kali dlm sehari, kerna risau badan mereka berasa miang dan berpeluh apabila bermain…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan berlakunya hal ini.Antarnya ialah:
- Keadaan kulit. Banyak masalah kulit gatal, termasuk kulit kering (xerosis), ekzema (dermatitis), psoriasis, kudis, luka bakar, parut, gigitan serangga dan gatal-gatal.
- Gangguan saraf.
- Alergik
Untuk makluman pihak anda, untuk mendapatkan nasihat untuk pengambilan ubat , anda amat disarankan untuk merujuknya kepada doktor. Dengan mendapatkan nasihat doktor, anda akan disarankan dengan ubat yang sesuai, kemudian pemantauan terhadap keberkesanan ubat tersebut boleh dilakukan. Sekiranya tidak sembuh, rawatan lain yang lebih sesuai boleh diberikan. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.