
Anonymous
6 tahun
Kurap tangan dan gatal-gatal
sy mempunyai kurap di tangan , dh hampir dua tahun tak hilang. sy dh cuba ubat sapu… macam2… tp takde perubahan… ape sy nak buat doktor? mohon beri penjelasan , terima kasih

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Kurap, atau ringworm, merupakan salah satu penyakit kulit yang paling biasa dalam kalangan rakyat Malaysia. Ia disebabkan oleh jangkitan kulat yang dikenali sebagai dermatophytes.
Terdapat 3 jenis dermatophyte yang boleh menyebabkan kurap iaitu
- Tricophyton
- Epidermophyton
- Microsporum
Kurap biasanya berjangkit melalui sentuhan.Kulit yang berkurap biasanya mempunyai plak merah yang bersisik dan jika tidak dirawat boleh membesar dan membentuk gelang merah di sekelilingnya. Kurap juga sering menjangkiti kulit badan yang selalui berpeluh seperti di peha, punggung, perut, belakang dan kaki. Kulit yang berkurap boleh menyebabkan kegatalan yang serius. Kulit gatal yang selalu digaru pula akan pecah dan terdedah kepada jangkitan kuman yang lain.
Masalah ini biasanya dirawat dengan penggunaan ubat sapu antikulat atau antifungal. Ubatan sapu hanya digunakan untuk kurap yang melibatkan bahagian kulit yang terhad sahaja.
Untuk mencegah kurap, elakkan bahagian kulit yang lembap. Tukar pakaian dengan kerap jika berpeluh dan mandikan badan dengan bersih. Elakkan berkongsi barang dengan orang yang berkurap. Jika anda telah menerima rawatan untuk kurap, pastikan anda menggunakan krim atau ubat tersebut seperti yang telah disyorkan oleh doktor.