
Anonymous
5 tahun
Kusta setelah makan ubat doctor bagi pada saya
Saya berumur 20 tahun , saya mendapati penyakit saya alami ialah kusta . Apabila saya makan ubat doctor yang diberikan kepada saya, saya merasa hairan air kencing saya berwarna pekat kemerahan/keorange . Adakah normal atau tidak ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Penyakit kusta boleh dirawat melalui kombinasi beberapa antibiotik. Rawatan yang akan diberikan oleh doktor ialah dengan menggunakan 2 atau 3 antibiotik sekali gus. Kaedah ini dipanggil ‘multidrug therapy’.
Perubahan air kencing anda mungkin tidak berkaitan dengan rawatan anda. Namun sekiranya terdapat masalah seperti kekebasan atau hilang deria rasa menjadi lebih teruk maka dengan segera dikehendaki berjumpa dengan doktor serta merta untuk rawatan lebih lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.