
Sulit
4 tahun
Kutil di sekitar dubur
Saya seorang lelaki berusia awal 30an. Masalah saya, sy baru sahaja memeriksa kawasan dubur saya dan mendapati terdapat seperti kutil di kawasan sekitar lubang dubur saya. Adakah ia simptom hpv dan bagaimana cara utk mengubati masalah ini. Tw

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, benjolan yang yang tumbuh pada kulit anda boleh disebabkan:
- Lebihan kulit - “skin tag”
- Kista (cyst) seperti “sebaceous cyst”
- Lipoma - gumpalan tisu lemak
- Gumpalan tisu fiber
- Kelenjar bengkak
- Foliculitis - akibat jangkitan kuman
Bagi mengatasi masalah ini, puncanya perlu diketahui dahulu. Anda boleh berjumpa dengan doktor pakar kulit juga untuk membuang ketumbuhan ini. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.