
Sulit
4 tahun
Kutil di tepi muka. Boleh hilang ke?
Hi doktor. Kutil di tepi muka saya kecil dan mengikut warna kulit saya. Ia terjadi dalam 3 minggu lepas selepas saya tergaru tepi kepala hingga munculnya kutil ni. Saya tergaru kutil secara kasar dan ia menyebabkan kutil membesar. Tapi sekarang ia sudah mengecil balik sebab dah tak tergaru. Persoalannya, kutil ni berbahaya ke? Kutil ni boleh hilang sendiri atau kena jumpa pakar rawat baru boleh hilangkan? Minta tolong penjelasan doktor. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, maklumat lebih lanjut mengenai kutil tersebut perlu diketahui untuk melihat sama ada ia berbahaya ataupun tidak. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sila berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami gejala ini:
- Kutil bernanah
- Kutil senang berdarah
- Kutil membesar dengan mendadak
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.