
Sulit
5 tahun
Kutil or kulit lebih di bawah ketiak
Saya berumur 20 an. Kutil pada bahagian bawah ketiak telah ada sejak saya kecil, cuma sebelum ni warna sama seperti warna kulit. Disebabkan saiz yang terlampau kecil, saya tidak berapa ambil berat. Cuma, beberapa minggu lepas, saya mula sedar yang kutil itu sudah bertukar warna hitam seperti darah beku tapi masih kenyal dan juga berselaput. Saya jadi risau dan ingin membuangnya sebelum membesar atau menjadi teruk. Dimanakah boleh saya peroleh rawatan untuk kes ini dan apakah sebenarnya kutil atau kulit lebihan yang saya ada ini?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ketuat (jangkitan Human Papillomavirus)
- Tahi lalat
- Darah beku akibat luka
- Abses (Jangkitan luka)
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.