
Sulit
3 tahun
Kutu air di celah jari kaki
Bapa saya mengalami kutu air di celah jari nya dan bolehkah saya menggunakan ubat Defuzin B untuk merawat kutu air tersebut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, setiap ubat-ubatan yang diberi oleh doktor adalah berdasarkan kepada indikasi yang tertentu. Doktor perlu mengetahui tentang sejarah penyakit anda serta perlu melakukan pemeriksaan kesihatan yang menyeluruh sebelum dapat membuat kesimpulan tentang masalah anda. Anda perlu minum ubat yang diberi oleh doktor mengikut nasihat serta arahan yang telah diberi oleh doktor kerana setiap ubat mempunyai kesan sampingan yang tertentu.
Oleh itu, sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.