
Sulit
3 tahun
Lakukan swab test ketika demam
Hai doktor…semoga sentiasa di lindungi .Ingin bertanya tentang bolehkah bayi berusia 2 tahun yang sedang mengalami demam lakukan ujian swab test.

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, pada biasanya ujian saringan swab test terhadap bayi adalah selamat dan tidak perlu dibimbangkan. Namun, prosedure swab test ini mempunyai beberapa komplikasi yang umum untuk semua golongan usia iaitu:
- Pendarahan hidung
- Masalah hingus
- Sakit telinga atau ketidakselesaan pada telinga
- Sakit kepala
- Kecederaan pada ruangan hidung
- Ketidakselesaan hidung.
Namun, kesan sampingan ujian saringan swab test adalah jarang berlaku dan ia semua bergantung kepada cara pengendalian ujian tersebut oleh para frontliners. Oleh itu, sekiranya anak anda telah terdedah kepada pesakti COVID-19 atau tempat-tempat yang mempunyai kes positif, kami sarankan agar anda untuk membawa bayi anda untuk melakukan ujian tersebut sebagai pencegahan dan membanteras rantaian jangkitan COVID-19 yang kini menular di negara kita ini.
Anda boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 . Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ) bagi mendapatkan informasi tambahan.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Kami berharap ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.