
Sulit
3 tahun
Lama period tidak datang
Saya wanita berusia 26 tahun dn sudah mendirikan rumahtangga sejak december 3 tahun lepas. Period sy datang pada 6/12 dan berakhir pada 9/12 masa yg agk singkat. Tak sampai seminggu. Sejak dr tu period sy stop bila sy check upt masih negative . Bila buat scan pun kosong. Ramadhan lepas breast sy sakit sampai ke hari ni masih bengkak dan sakit. Hampir setiap bulan sy lakukan upt tapi masih negative. Sy ada consume folic acid dan pil yasmine. Apakah cara lain selain dr makan ubat2tan untuk stabilkan hormon sy? Hampir setiap minggu bawah abdomen sy mengalami sakit seperti period cramp.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang tidak datang. Untuk makluman anda, masalah yang anda hadapi boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Menyusukan anak
- Masalah kalenjar tiroid (seperti hipotiroid) atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut daripada anda adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!